Pembahagian Harta Pusaka

Pembahagian harta pusaka di Malaysia lazimnya dimulakan dengan pemberian geran probate atau geran surat kuasa mentadbir.

Di dalam entri pada hari ini perbezaan geran probate dan surat kuasa mentadbir akan dibincangkan dengan lebih lanjut

Probate:

  1. Bagi kematian yang mana terdapat wasiat ditinggalkan oleh si mati
  2. Eksekutor dinamakan oleh si mati di dalam wasiatnya
  3. Eksekutor bertindak seperti yang dikehendaki oleh si mati selaras dengan apa yang terkandung di dalam wasiat si mati.

Geran Sura Kuasa Mentadbir

  1. Terpakai bagi harta pusaka si mati yang meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang wasiat
  2. Pentadbir dilantik melalui permohonan daripada kalangan waris si mati dengan persetujuan ahli-ahli keluarga si mati. Penolakan menjadi pentadbir akan ditanda tangani oleh waris-waris yang lain

Di dalam kes Tan Sri Khoo Kay Kim & Ors v Khoo Chye Teng & Ors [1994] 4 MLJ 662.Mahkamah berpendapat bahawa kegagalan mematuhi formaliti boleh mengakibakan kegagalan pelaksanaan wasiat.

Sekian semoga memberi manafaat

Gambar ehsan google

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *